#MYD, Blog, MYD2015, MYD2016, MYD2017

MYD di Konvensyen Belia Kebangsaan 2017

/

by mydclimate

/

Hari Belia Negara 2017

MYD bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Bersempena Hari Belia Negara 2017, Majlis Belia Malaysia (MBM) menganjurkan Konvensyen Belia Kebangsaan pada 15 Mei 2017 (Isnin) di Putrajaya dengan memberikan fokus kepada TN50, atau Transformasi Nasional 2050. Inisiatif ini juga memfokuskan aspek aspirasi kepimpinan dalam merangka dan melibatkan diri dalam pembangunan belia yang merangkumi tahun 2020 hingga 2050.

MYD bersama Dr Sheikh Muszaphar Shukor (Angkasawan Malaysia Yang Pertama)
MYD : Emily Oi, Thomas Lai, Kelvin Diong dan Amalen

Tema iaitu “Transformasi Nasional 2050 : Aspirasi Kepimpinan Bangsa Angkasa”. Berdasarkan tema tersebut merangkumi pemikiran baru ialah berfikir dalam kerangka minda mengikut peredaran masa, kreatif dan inovatif mencipta metodologi baru dalam membawa perubahan sebagai seorang kepimpinan. “Bangsa Angkasa” atau Space Nation adalah bangsa yang sentiasa mempunyai impian tertinggi.

Program melibatkan 3 orang panel, mempunyai kepakaran masing-masing iaitu Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor, Dr Wan Wardatul Amani Wan Salim dan Encik Syukran Idris akan berbincang tentang cabaran-cabaran yang bakal dihadapi belia menjelang tahun 2050, khususnya dalam bidang sains dan teknologi. Ia mengubah corak pemikiran generasi muda agar mereka lebih melibatkan diri dalam sains angkasa dan juga melahirkan sebuah negara yang rakyat bersemangat dan berdedikasi yang percaya kepada diri untuk membawa negara ke satu tahap status yang lebih berkesan dan lebih tinggi.

 

Aturcara

  • Tarikh: 15 Mei 2017, Isnin, Putrajaya
  • 7.30 pagi – 8.30 pagi Pendaftaran Peserta dan Minum Pagi
  • 9.00 pagi – 10.15 pagi Sesi Perkongsian Pengalaman :
    • Panel I : Dr Sheikh Muszaphar Shukor (Angkasawan Malaysia Yang Pertama) Tajuk : Kembara ke Angkasa
    • Panel II : Dr Wan Wardatul Amani (Wanita pertama Malaysia terlibat dalam misi penghantaran penyelidikan ke angkasa) Tajuk : Cabaran dan Kelebihan Bakal di Hadapi Belia Menjelang 2050 dan Masa Depan Malaysia untuk menguasai Teknologi Angkasa
    • Panel III : En Syukran Idris (Program Generasi Marikh) Tajuk : Kepimpinan Belia Generasi Marikh
    • Moderator : Sdr. Rizmel Nazrin Dato’ Abdul Malik (Ahli Jawatankuasa Kerja MBM)
  • 12.00 t/hari – Ucapan oleh Sdr Mua’amar Ghadafi Jamal bin Datuk Wira Jamaludin, Presiden Majlis Belia Malaysia
  • 12.20 t/hari – Ucapan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia
  • 12.30 t/hari – Penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara 2017
  • 1.00 t/hari – Tamat
About
mydclimate

Use a dynamic headline element to output the post author description. You can also use a dynamic image element to output the author's avatar on the right.